BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 24, 2009

Lirik Lagu Selamat Ulangtahun Sayang...

[b] [/b]

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

[b]Read more..... [/b]

Monday, December 14, 2009

Harapanku...

[b] [/b]

Aku ingin menjadi sebaik baik perhiasan dunia dan ketua pada segala bidadari...
Amin...

[b]Read more..... [/b]

Wednesday, November 25, 2009

Lirik Lagu Janji Seorang Kekasih...

[b] [/b]



Dahulu pernah kau berjanji
Akulah kekasihmu
Mengapa kini kau sendakan sayang
Kerana engkau tahu
Kasihku tak sedikit
Tak ingin lagi dikecewakan

Dan kini sungguh kusangkakan
Bahagia tak menjelma
Sanggup berkasih di depan mata
Apa yang aku takut
Kasihmu kan berpaling
Menjelma kini menjadi igauan

Mungkin antara kita
Tak perlu janji setia
Kerna cinta terbina
Tulus tak memaksa jiwa

Berikanlah waktu
Untuk kita mengerti
Kasih sayang sebenar
Bukanlah asmara

Berikanlah kasih
Untuk kita layari
Ruang bercahaya
Begitu indahnya

Kasih sayang kau lepaskan
Teduh kasih berpanjangan
Tiada yang lain
Hanya perpisahan
Yang menyedihkan

[b]Read more..... [/b]

Monday, November 16, 2009

Andaiku Pergi...

[b] [/b]

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segala kepada Mu

[b]Read more..... [/b]

Tuesday, November 3, 2009

Kebesaran ALLAH s.w.t...

[b] [/b]



Editor,
masumoshaf2009
From Putrajaya with love...

[b]Read more..... [/b]

Monday, November 2, 2009

[b] [/b]




Bagaimana harus ku lepaskan ketulusan diri di hati
Bagaimana harus ku buktikan kesucian cinta di jiwa
Tergamaknya dirimu membiarkan cintaku berderai jadi abu

(Korus)
Kau menghancurkan segala yang telah kita bina pedihnya
Kau menghancurkan segala yang telah kita semai pedihnya

Bagaimana harus ku lepaskan ketulusan diri di hati
Bagaimana harus ku buktikan kesucian cinta di jiwa
Tergamaknya dirimu membiarkan cintaku berderai jadi abu

(Korus)
Kau menghancurkan segala yang telah kita bina pedihnya
Kau menghancurkan segala yang telah kita semai pedihnya

[b]Read more..... [/b]

Saturday, October 31, 2009

Di Sebalik Hijab Itu...

[b] [/b]

Dahulu kau ku kenali
Begitu anggun budi pekerti
Begitu indah tutur bicara
Aku cukup menyayangimu
Tatkala kita dipisahkan antara 2 benua
Aku acapkali merinduimu
Hanya doa menjadi penghubung antara kita
Aku begitu gembira
Saat pertemuan tika kau kembali ke sisi ku
Deraian air mata mengiringi pertemuan kedua itu
Tetapi kini kau mula berubah
Budi pekerti tidak seanggun dan tutur bicara tidak seindah dahulu
Kini di sebalik hijab itu
Ku kenal siapa diri mu

Nukilan,
masumoshaf2009
From Putrajaya with love...

[b]Read more..... [/b]

Wednesday, October 21, 2009

Selamat Hari Lahir Adik Fikri...

[b] [/b]

ALLAH selamatkan FIKRI
ALLAH selamatkan FIKRI
ALLAH selamatkan Muhammad Fikri
ALLAH selamatkan FIKRI
Semoga Allah memanjangkan umur Fikri dalam keberkatan dan iman.
Moga sihat selalu.
Berjaya di dunia dan akhirat.
:)

Amik kek ni khas untuk adik.


[b]Read more..... [/b]

Wednesday, October 14, 2009

Selamat Ulangtahun...

[b] [/b]



Hari ini, 14 Oktober 2009 merupakan ulangtahun pertama MEDAN LUAHAN.

[b]Read more..... [/b]

Monday, October 12, 2009

Keistimewaan Wanita...

[b] [/b]

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut ,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.


6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.


[b]Read more..... [/b]

Saturday, October 10, 2009

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?...

[b] [/b]

www.iLuvislam.com
serunaiklang_91


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…



Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

[b]Read more..... [/b]

Friday, October 9, 2009

Kasihmu Amanahku...

[b] [/b]

Penukaran lagu ini adalah berkaitan dengan kegembiraan aku dengan berita bahawa salah seorang rakan persekolahan ku yang ku kenali semasa tingkatan 3 di S.M.K. Putrajaya 1, bakal melangsungkan pernikahannya esok. Hmmm bestnya, aku pulak yang rasa berkobar-kobar. Hehe... :)

[b]Read more..... [/b]

Thursday, October 8, 2009

Cerpen : Permata Di Sebalik Kaca...

[b] [/b]



Cerpen ini adalah hasil nukilanku dengan izin Allah s.w.t. Terima kasih kepada insan-insan yang pernah hadir dalam hidupku kerana dengan kehadiran kalian telah memberi inspirasi dan idea dalam penghasilan cerpen ini. Tidak lupa juga kepada 'editor' yang turut menyumbang beberapa buah fikiran. Terima kasih. Akhir kata, terimalah, Permata Di Sebalik Kaca...


1
“K e ke m u n g mung k a ka r a n ran kemungkaran. Ibu… Apa maksud kemungkaran tu Ibu?”
Kemungkaran… Ya Allah jawapan apa yang sesuai untuk aku jelaskan pada anak seusia 7 tahun ini ya? Hmmmm...
“Kemungkaran tu perbuatan yang tak baik. Allah akan marah pada sesiapa yang buat kemungkaran.”
Semoga dia dapat faham dengan penerangan aku.
“Oooo… Aiman tak nak buat kemungkaran. Aiman tak nak Allah marah. Aiman takut sekiranya Allah marah pada Aiman Ibu” “Alhamdulillah bagus anak Ibu. Ni yang Ibu saaaaayang sangat kat Aiman ni”, kata ku sambil memeluk erat putera sulungku, Aiman Fakhrullah.
“Aiman pun sayang sangat pada Ibu”, balasnya.
Hmmm bercakap soal kemungkaran ini, ingatanku melayang ke zaman muda-muda dahulu.
Lazimnya muda-mudi sering terjerumus ke lembah sosial yang negatif.
Aku cukup tak suka betul dengan budaya couple ni.
Pegang sana pegang sini.
Aku masih ingat lagi pernah suatu ketika aku sedang menunggu bas, tiba-tiba aku ternampak couple ni berpegang tangan.
Aku pun apa lagi cakap la kat kawan aku ni.
“Hisy aku benci betul la tengok budak-budak ni pegang-pegang tangan. Macam dah tak tau dosa pahala, halal haram. Tak belajar agama ke???”, ujar ku dengan nada marah.
Lepas tu boleh pula dia jawab, “Ala Hani rilex la. Dah nama pun couple”.
Ya Allah ringan sahaja tangan aku ini rasa nak tampar mulut dia yang comel tu.
Geram sangat-sangat.
Penat sahaja ustazah di sekolah ajar subjek Pendidikan Islam tetapi muridnya tidak praktikkan apa yang sudah diajar.
Tapi bila aku fikir-fikirkan semula, aku sabarkan sahaja hati ini kerana aku tahu dia bukanlah ‘wanita ditarbiyyah’. Hehe. Perkataan ini sahabat karibku, Iman, semasa aku study dahulu yang bagi.
Jika ada sesuatu yang membuatkan aku marah, dia akan nasihatkan aku, “Sabarlah Hani, anti kan wanita ditarbiyyah.”
Terima kasih sahabat kerana engkau lah antara penyebab aku mula berhijrah menjadi Ainul Farhani yang berbeza sebelum kita bertemu dengan izin Allah di bumi yang indah dan permai itu.
Hmmm aku tiba-tiba sahaja rasa rindu dengan suasana bumi yang indah dan permai itu.
Lecturer comel kesayanganku.
Lecturer yang selalu ber’ym’ dengan ku.
Lecturer yang telah banyak memberi semangat kepada kami untuk meneruskan Smart Toilet System yang sebelumnya telah menjadi bahan ketawa rakan-rakan sekelas dan akhirnya dengan izin Yang Maha Kuasa kami berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Alhamdulillah.
Bekas supervisor ku. Walaupun hanya satu semester, aku tetap mengenang jasa mu.
Sahabat sekelas dan sehalaqah semenjak daripada semester 1 hingga 6. Iman, dia yang mengajakku untuk menyertai halaqah. Pada mulanya aku kekok kerana mereka semua bertudung labuh dan sopan-santun belaka sedangkan aku masih lagi gila-gila perangainya. Lama-kelamaan aku menjadi semakin tertarik. Naqibah kami menggelarkannya sebagai ‘halaqah cinta kita’. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada Ibu Bapa dan cinta kepada sahabat. Daripada situ aku mula berhijrah dalam membentuk diri menjadi hamba yang lebih taat kepada Pencipta.
Sahabat sebilik, Nadirah, yang sudi berkongsi suka dan duka. Maklum sahaja lah ‘dibuang’ asrama bersama-sama, mencari rumah sewa bersama-sama, masuk semula ke asrama ketika semester 4 juga bersama-sama.
Suhaila, sahabat yang mula menjadi akrab semenjak semester 4.
Sahabat yang dahulunya aku sayangi, lembut dalam akhlak dan tutur bicara tetapi tiba-tiba berubah. Mungkin faktor ‘persekitaran’ yang telah menjadikannya begitu.
Terdapat juga makhluk-makhluk yang menipu sesuka hati dan memaksa serta menganggap diri mereka sahaja yang betul sedangkan mereka sendiri cakap tak serupa bikin. Perumpamaan yang sesuai untuk mereka ialah seperti ibu ketam mengajar anak berjalan lurus, bertanam tebu di pinggir bibir, lembut gigi dari lidah. Semua kata-kata ini sesuai dilemparkan kepada mereka. Ya Allah, Kau tunjukkan jalan yang lurus jepada mereka supaya mereka sedar akan perbuatan mereka yang melampau itu.
Hmmm banyak sungguh kenangan pahit manis dalam menuntut ilmu. Lambat menerima maklumat, lambat hantar assignment, ditegur kaw-kaw semasa presentation, presentation yang menarik perhatian lecturer.
Pengalaman di dalam kelas Java yang membuatkan aku dan Iman menitiskan air mata kerana benar-benar geram dengan sikap segelintir makhluk-makhluk yang tidak mengenang jasa dan hanya mementingkan diri sendiri. Pengalaman yang cukup memalukan sedangkan kami tidak melakukannya. ‘Seperti melepaskan anjing tersepit’. Itulah perumpamaan yang sesuai digunakan.
Perkara yang tidak pernah terjangkau di fikiranku ialah ketika dituduh menyorokkan kertas soalan yang menjadi rebutan rakan-rakan pada saat-saat genting. Memang benar-benar menguji kesabaran. Insan yang paling kecewa ialah Iman. Kepercayaan kami terhadap mereka benar-benar sudah lupus. Aku juga hampir-hampir sahaja mahu bertindak seperti bukan wanita ditarbiyyah tetapi apabila mengenangkan kata-kata ‘kejahatan yang dibalas kejahatan adalah dendam’, aku lupakan sahaja niat itu. Tetapi aku bertekad untuk berpegang pada kata-kata ‘seorang Muslim tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali’. Aku perlu menjadi lebih berhati-hati. Aku yakin Allah sentiasa berada pada pihak yang benar.
Banyak juga pengalaman yang kutimba sepanjang berada di bumi yang indah dan permai itu.
Pengalaman menghasilkan cable yang menyebabkan aku hampir-hampir berputus asa.
Pengalaman menyertai sebuah kelab dan menyandang jawatan tetapi akhirnya dibuang begitu sahaja. Peristiwa itu menyebabkan aku menjadi ‘anti’ terhadap kelab tersebut.
Pengalaman menjadi fasilitator.
Menyandang jawatan dalam sebuah kelab yang banyak mengajarku cara-cara berorganisasi dan mengenal sifat-sifat sebenar manusia yang adakalanya hanya memakai topeng. Hmmm…
Pengalaman berada dalam kelas Multimedia. Insan yang pernah ku gelar ‘kaca’. Ehem-ehem tiba-tiba sahaja rasa hendak terbatuk. 
‘Bumi yang indah dan permai’. Ayat ini kupinjam daripada seorang lecturer yang mewujudkan perkataan comel dan chubby, 3G, 5G. Hehehe.
Hmmm ‘Tika Itu’. Lagu ini menjadi tema aku and the gang masa study dahulu. Kami amat meminati lagu ini.
**************************************

2
“Jemput minum”, ku hulurkan secawan kopi kepada suami sewaktu berehat-rehat di halaman rumah.
“Terima kasih sayang”
“Sama-sama bang. Hmmm macam mana kerja hari ni?”
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti biasa. Tapi letih sikit sebab ramai sangat patient hari ni. Maklum lah hari Isnin. Tapi abang tak boleh mengeluh sebab ni adalah bidang yang Abang pilih. Betul tak Hani?”
“Hmmm betul-betul-betul”
“Isyh sayang ni, suka sangat ajuk cara cakap Upin Ipin tu. Ibu dengan anak sama je”, Aiman putera sulung kami juga suka berkata begitu. 
“Mana lagi nak tumpahnya kuah jika tak ke nasi cik Abang sayang? Hehe”
Suamiku, Aiman Fahmi, seorang doktor di sebuah hospital swasta di Putrajaya. Seorang doktor yang begitu komited terhadap tugas. Jarang berada di rumah kerana hambatan tugas. Namun begitu beliau tidak pernah lupa melakukan kerja-kerja amal dengan melakukan rawatan secara percuma di rumah-rumah kebajikan serta tanggungjawab sebagai seorang anak, ayah dan yang paling utama sebagai hamba yang taat.
“Hani, Hani, termenung jauh nampak. Teringatkan siapa la tu ye?”
Allahuakbar, dia perasan ke aku termenung? Apa aku nak jawab ni??? Hmmm…
“Teringat Allah dan Rasul-Nya”
“Hmmm yela tu, tak baik tau sembunyikan dari Abang.”
“Mana ada Hani sembunyikan apa-apa bang”
“Abang merajuk nanti baru Hani tau” ujarnya dalam nada seperti mahu merajuk.
Ya Allah macam mana ni? Apa yang aku hendak buat untuk pujuk dia. Tolong hamba-Mu ini Ya Allah.
“Alaa abang… abang kan lelaki. Tak payah la merajuk”
“Apa kaitan dengan lelaki?”
“Apa kaitan??? Hmmm… Kaitannya, buruk bila orang lelaki merajuk. Hehehe.”
“Alaa bila sayang merajuk tu boleh je. Abang nak merajuk tak boleh pula.”
“Memang la boleh sebab Hani kan perempuan”
“Hmmm yela tu.”
“Abang marah Hani ke?”
“Tak lah. Bila pula abang kata abang marah isteri abang ni?”
“Kenapa tak marah?”
“Sebab sayang”
“Tengok tu Hani, manja sungguh anak-anak kita tu dengan Abah. Tapi Ainul tu terlebih manjanya.”
Abah tinggal bersama dengan kami sebaik sahaja beliau menamatkan perkhidmatannya dalam sektor kerajaan. Sebaik sahaja bernikah, aku telah meminta izin daripada suami untuk membenarkan Abah tinggal bersama-sama dengan kami selepas bersara. Sebagai anak, tidak sanggup rasanya aku membiarkan Abah meneruskan hidupnya keseorangan. Alhamdulillah suamiku mengizinkan.
“Mana tak manja bang, 5 tahun takde adik. Aiman masa umur 2 tahun dah dapat Ainul.”
“Hmmm Hani nak bagi Ainul tu adik tak?”, ujarnya sambil tersenyum nakal.
“Hisy Abang ni. Ke situ pula dia”, aku tersipu malu. Hmmm macam mana aku nak ubah topik ni???
“Oh ya Abang, pagi tadi Hani telefon Kakak. Dia kata hari Ahad ni nak buat majlis kesyukuran sebab Aliyya dapat masuk sekolah berasrama penuh kat Kajang tu”.
“Owh yeke? Sekolah apa?”
“Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Sekolah Ucu dan Adik. Nampaknya tiga generasi dalam keluarga kita dapat belajar di sekolah tu ye bang. Semoga Aliyya akan jadi pendakwah juga seperti Tok Cu dan Ucu nya tu”. Nur Aliyya Sufiyyah, anak saudara ku yang pertama.
“InsyaAllah sama-samalah kita doakan. Semoga anak-anak kita juga turut mengikut jejak langkah Kak Aliyya mereka tu ye sayang. Sopan santun, hormat orang tua dan yang paling penting taat perintah Allah dan Rasul-Nya.”
“Amin”.
“Abang… esok kita pergi rumah Kakak ye? Dah lama tak jumpa mereka. Hani rasa rindu sangat”.
“Baiklah sayang. Apa saja untukmu. Lautan akan kurenangi. Gunung Kinabalu akan kudaki. Tapi semua itu melalui peta je la. Hahahaha”
“Eeee Abang ni sekeh nanti baru tau”, rajuk ku.
“Hisy tak baik tau nak sekeh suami.”
“Sapa suruh pilih orang kasar. Nasib la”.
“Owh nasib ye? Takpe-takpe berdosa tau tak nak sekeh suami”.
Ya Allah, apa yang aku dah buat ni. Dia terasakah dengan kata-kata aku tadi? Hmmm nak buat macam mana ini. Ya Allah bantulah aku. Hmmm lebih baik aku cepat-cepat minta maaf sebelum dia marah.
“Abang, Hani minta maaf sebab cakap macam tu tadi. Hani tak sengaja. Maafkan Hani bang”.
“Baiklah Abang maafkan. Hani mesti janji yang Hani takkan cakap macam tu lagi. Abang tak suka bila Hani kasar. Tapi Abang nak Hani lakukan semua tu kerana Allah bukan kerana Abang”.
“Hani janji bang. Terima kasih atas nasihat tu. Hani hargai”, ujarku sambil mencium tangannya.
“Apa guna jadi suami jika tak reti nak nasihat isteri. Betul tak?”

**************************************

3
“Ibu, Ibu tengok la Abang ni…. Dia marah Adik. Ibu marah la Abang balik bu….”, rengek Ainul ketika kami sedang bersiap-siap untuk menghadiri kenduri kesyukuran sahabat karibku di Melaka atas kelahiran cahaya mata yang keempat mereka. Aku faham benar dengan sikap Ainul yang memang manja dan suka merengek itu. Aiman pula seorang anak yang baik dan abang yang menyayangi adiknya. Kedua-duanya menjadi penghibur bagi aku dan suami.
“Ibuuuuuuu……”, jerit Ainul lantas menangis. Dalam situasi ini, aku perlu mengadili dengan seadil-adilnya
“Aiman… betul ke Aiman marah Adik?”
“Tak Ibu, Aiman tak marah adik. Aiman cuma suruh adik pakai tudung. Ustazah di sekolah ada cakap orang perempuan wajib pakai tudung. Jadi Aiman suruh lah adik pakai. Tapi adik tak nak”, ujarnya membela diri.
Aku terasa seperti mahu tertawa mendengar sebab yang sebenarnya. Tetapi sebagai seorang Ibu aku harus menegur dan menerangkan dengan cara berhikmah. Itu pesan suamiku.
“Aiman, Ainul, mari sini duduk dekat Ibu”
“Memang betul orang perempuan wajib pakai tudung tapi Ainul kecil lagi. Masih belum wajib untuk Ainul pakai tudung. Tapi bila kita pakai tudung, kita akan nampak cantik. Allah suka akan kecantikan. Ainul nak nampak cantik tak sayang?”
“Nak”, jawabnya sambil mengangguk laju.
“Hmmm jika macam tu, Ainul pakai tudung ye?”
“Baiklah Ibu”
“Hmmm sebelum tu Ainul minta maaf dulu dengan Abang sebab tak ikut cakap Abang tadi”.
“Abang, adik minta maaf”, ujar Ainul sambil mencium tangan Abangnya.
“Baiklah Adik, Abang maafkan. Abang sayang Adik”, Aiman memeluk adiknya.
Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada-Mu kerana mengurniakan aku anak-anak yang mudah dididik dan mendengar kata.
“Tok tok tok”, muncul wajah suamiku di muka pintu.
“Dah siap ke anak-anak Ayah ni? Lamanya Ayah tunggu kat bawah. Sampai berjanggut.”
“Berjanggut? Tapi Ayah kan memang dah ada janggut?”, Ainul bertanya dalam nada pelik.
Terburai ketawa kami bertiga melihat telatahnya.
**************************************


4
“Abang… cepatlah sikit. Ibu, Ayah dan Atok dah tunggu tu”.
“Ok Abang dah siap. Adik, pakai lah telekung tu cantik-cantik. Kan kita nak pergi menghadap Allah”.
“Aiman, Ainul buat apa lagi tu? Dah dekat nak masuk waktu dah ni”.
“Baiklah Ibu, kami datang sekarang. Mari Adik”.
“Hmmm cantiknya anak-anak Ayah hari ni”.
“Ibu kata Allah suka akan kecantikan. Adik pun suka kecantikan Ayah”.
“Bagus la jika begitu. Yang penting niat kita adalah kerana Allah”.
“Ayah, Ayah, hari ni Aiman nak azan boleh tak Ayah?”
“Hmmm boleh sangat-sangat. Azan la”.
Aiman pun segera mengalunkan azan. Merdu sungguh. Alunannya cukup mendayu dan meruntun jiwa. Persis suara ayahnya. Aku berdoa dalam tangisan. Bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga bahagia yang berlandaskan syariat Allah. Aku berasa cukup bertuah kerana memiliki seorang suami yang bergelar doktor dan juga penghafaz Al-Quran. Semenjak kami mula bernikah, dia tidak membenarkan aku bekerja meskipun aku memiliki segulung ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan. Dia menetapkan syarat bahawa aku hanya perlu berada di rumah untuk membesarkan dan mendidik cahaya mata yang bakal dilahirkan dengan nilai-nilai Islam yang sempurna. Aku akur dengan kehendaknya kerana itulah impianku untuk membentuk sebuah keluarga yang diredhai Allah. Tetapi secara automatiknya, suami ku lah yang perlu membayar hutang PTPTN ku yang berpuluh ribu itu. Hehehe. Mujurlah perniagaan perkongsian yang dijalankan oleh aku, Iman, Syazani dan Mazlina ketika kami berada di tahun akhir pengajian 10 tahun lalu, masih mampu bertahan hingga ke hari ini. Dapat juga kuhulurkan wang saku untuk Abah setiap bulan. Alhamdulillah.
**************************************

5
“Salam Iman, anti kat mana? Ana tunggu di food court ya. Cepat sikit. Dah tak sabar nak jumpa anti ni.”
Iman, sahabat karibku semasa belajar di bumi yang indah dan permai. Dia juga yang memperkenalkan perkataan ‘wanita ditarbiyyah’ itu kepadaku.
“Ibu, Ibu, kita nak jumpa sapa ni Ibu?”, soal Ainul.
“Kita nak jumpa kawan Ibu.”
Lima minit berlalu.
“Assalamualaikum”, sapa satu suara dari arah kananku.
“Waalaikumussalam. Eh Iman... sampai juga akhirnya. Ana rindu sangat pada anti”, kami berpelukan di situ tanpa menghiraukan orang ramai yang berada di sekeliling. Terubat rasa rindu di hati. Air mata mula membasahi pipi kami.
“Abang, Aiman, Ainul, Ibu nak perkenalkan. Ni sahabat karib Ibu masa belajar dulu. Makcik Iman. Aiman, Ainul mari salam Makcik Iman”, aku memperkenalkan Iman kepada keluargaku.
“Hmmm comelnya anak-anak anti. Sopan pula tu”, ujar Iman.
“Tengok Ibu nya lah. Hehehe”, ujarku sambil tertawa.
“Mana ‘ustaz’ anti tu Iman?” soalku.
“Tadi dia pergi parking kereta. Sat lagi mai la tu.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Hmm ni lah ‘ustaz’ ana Hani. Ana perkenalkan ini zaujun ana, Muhammad.” Suami dan anak-anakku bersalaman dengan Muhammad Fahim.
“Ini pula anak-anak ana, Al-Amin, Khadijah dan Hariz. Anak-anak Ummi, mari salam dengan Makcik Hani dan Pakcik Fahmi.”
“Hmmm ni semua lahir kat Madinah la ni ye? Patutlah ada iras-iras muka orang Arab. Hehehe.”
“Ada- ada je lah anti ni Hani”, Iman membalas sambil tersenyum.
“Eh jemputlah duduk. Ni kami dah sambungkan meja awal-awal lagi,” suamiku mempelawa.
Selesai menjamu selera, kami berbual panjang. Pelbagai perkara yang dibualkan. Kenangan zaman belajar dahulu dan pengalaman mereka di Madinah. Muhammad Fahim dan Iman menjalankan perniagaan batu permata. Mereka baru sahaja sebulan menjejakkan kaki ke tanah air setelah kira-kira lima tahun menetap di sana.
Sesuatu yang paling tidak disangka-sangkakan ialah, Luqman, abang Iman yang turut sama belajar di bumi yang indah dan permai bakal melangsungkan perkahwinan dengan sahabat kami sendiri, Kak Wana. Aku masih ingat lagi, Abang Luqman memang suka mengusik Kak Wana. Kak Wana akan tersipu malu apabila diusik begitu. Apabila kami mengatakan yang mereka ini seperti ada jodoh, kedua-duanya menafikan. “Taknaklah”, itulah jawapan yang sering diberikan tatkala kami mengusik mereka. Hmmm sungguh tidak disangka, masin betul mulut kami. Hehehe. Itulah bak kata orang, jangan kata taknak, nanti orang yang kita taknak tu lah yang akan kita dapat. Senanglah mereka hendak pulang berhari raya. Tidak perlu berebut-rebut untuk pulang ke kampung. Maklum sahaja lah negeri mereka bersebelahan sahaja bila dilihat melalui peta Malaysia. Setelah berbual selama hampir dua jam, kami pulang ke rumah masing-masing dan berjanji akan bertemu lagi pada majlis pernikahan Abang Luqman dan Kak Wana pada bulan hadapan.
**************************************

6
Lima bulan selepas pernikahan Abang Luqman dan Kak Wana, kami mengadakan reunion bersama teman-teman rapat. Kami berjanji untuk bertemu di Pulau Redang selama 3 hari 2 malam. Rakan-rakan yang hadir antaranya Mazlina, Syazani, Nadirah, Suhaila, Kak Madihah, Kak Wana, Abang Luqman, dan Iman.
Mazlina hadir bersama Fahrin, mereka bertemu ketika sama-sama mengikuti kursus keusahawanan. Mereka dikurniakan 6 org anak, setelah mendirikan rumahtangga selama 6 tahun. Suaminya merupakan anggota kumpulan nasyid terkemuka anggotanya terdiri daripada bekas-bekas pelajar bumi yang indah dan permai, Mohd Hanif, Saiful Imtiyaz, Muhammad Fatih dan Abdul Muhaimin. Mazlina pula merupakan seorang usahawan wanita dalam bidang online photo printing.
Syazani dan suami yang turut sama bekerja di bumi yang indah dan permai menjawat jawatan sebagai website developer.
Nadirah, mempunyai 3 orang cahaya mata dan kini menetap di Melaka, kerana menjawat jawatan sebagai pensyarah di UiTM Melaka. Nadiah memilih Amir Hakim sebagai suaminya.
Kak Madihah bertemu jodoh dengan pemuda sekampung yang merupakan pilihan keluarga.
Suhaila menetap di Pulau Pinang dan membuka perniagaan busana muslimah bersama suaminya.
Ketika itu Kak Wana sedang hamil empat bulan. Sungguh berseri wajah pengantin baru itu. Abang Luqman pula sentiasa menjaga setiap gerak geri isteri kesayangannya. Maklum sahaja lah teruja untuk menjadi ayah.
Percutian itu betul-betul meninggalkan kenangan terindah dalam hidup kami. Alhamdulillah.
*************************************


7
“Abang, kenapa muram je ni? Abang tak sihat ke atau banyak kerja kat hospital tadi?”, soalku pada suatu petang tatkala terlihat wajahnya yang muram itu.
Dia hanya membisu. Hmm kenapa dia bad mood je ni? Aku ada buat salah apa-apa ke? Atau air kopi yang aku bancuh ni tak sedap? Hmmm… musykil-musykil.
“Abang… jika ada apa-apa masalah, Hani harap Abang boleh beritahu pada Hani. Tak elok pendam je”.
“Hani, Abang ada sesuatu nak cakap pada Hani”.
“Apa dia bang? Cakap la. Hani dengar”.
“Hani, Abang nak minta maaf pada Hani dan anak-anak kita kerana Abang tak dapat luangkan banyak masa dengan kalian. Abang terlalu sibuk dengan tugas. Abang benar-benar minta maaf Hani”.
“Tak mengapa bang, Hani faham dengan tugas Abang. Hani tak pernah menyesal atau mengeluh bang. Sebaliknya Hani bahagia kerana dikurniakan seorang suami yang benar-benar bertanggungjawab dalam soal rumahtangga dan kerjaya. Selama ni pun Abang tak pernah mengabaikan tanggungjawab Abang pada kami bertiga. Hani bersyukur kerana dapat suami yang sefikrah dengan Hani”, air mata ku mula mambasahi pipi.
“Abang nak ucapkan terima kasih kerana sudi jadi sayap kiri Abang. Abang hargai segala jasa yang Hani taburkan selama ni. Terima kasih sayang”, dia mengucup dahi ku.
“Abang janji akan cuba sedaya-upaya untuk membahagiakan Hani dan anak-anak kita menuju redha Ilahi. Abang minta Hani bantu Abang untuk teruskan perjuangan ni”.
“InsyaAllah bang, Hani akan cuba”.
“Sayang… Mana anak-anak kita?”
“Ada kat luar tu. Abang nak Hani panggilkan ke?”
“Boleh juga”.
“Aiman, Ainul, mari masuk sayang”.
“Mari sini anak-anak Ayah. Duduk di sini. Untuk pengetahuan Aiman dan Ainul, hari ni merupakan hari yang bersejarah buat Ibu dan Ayah”.
“Hani, sempena ulangtahun perkahwinan kita yang kelapan ni, Abang nak hadiahkan sebuah lagu. Khas untukmu wahai isteri ku. Terima lah KASIHMU AMANAHKU…






Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Terimbau kenangan tatkala majlis pernikahan kami. Ketika itu aku berusia 25 tahun manakala dia dua tahun lebih tua daripadaku. Bercucuran air mata ku apabila mengenangkan ibu tersayang tidak sempat berkongsi saat bahagiaku ini. Aku amat merindui dirinya. Aku tidak sempat membalas jasanya. Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh arwah emakku. Amin…
**************************************


7
Setiap kali selepas solat Isyak, kami akan berkumpul dan suami akan memberi sedikit tazkirah sebagai pengisian untuk renovate hati.
“Abang, ada sesuatu yang Hani perlu beritahu pada Abang”, kata ku setelah selesai tazkirah.
“Apa dia sayang? Cakaplah”.
“Pagi tadi Hani rasa tak sedap badan. Muntah-muntah dan pening. Then Hani pergi klinik and doktor cakap ………..”
“Doktor cakap apa Hani?”
“Doktor cakap”
“Doktor cakap apa?”
“Doktor cakap Aiman dan Ainul akan dapat Adik”, berjaya juga aku menuturkannya.
“Yeke sayang? Betul ni? Hani tak tipu?”
“Betul bang”, balasku sambil tersenyum.
“Alhamdulillah. Abang bersyukur kepada Allah. Terima kasih sayang kerana sudi menambahkan bilangan zuriat kita. Hmmm lepas ni Ainul dah tak boleh bahasakan diri ‘adik’ lagi sebab Ainul akan dapat adik pula.
“Alaa Adik nak juga cakap ‘adik’. Adik baru nanti panggil lah ‘baby’. Boleh tak Ayah?”, Ainul tidak mahu mengalah.
“Hmmm apa-apa je lah sayang. Yang penting kita bahagia. Betul tak Hani?”
“Betul-betul-betul”
Aku tersenyum bahagia.
Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan kami ini hingga ke syurga. Jadikanlah kami umpama permata di sebalik kaca. Amin…

**************************************
TAMAT
**************************************

[b]Read more..... [/b]

Wednesday, October 7, 2009

Merawat Hati...

[b] [/b]




Ada tak klinik atau hospital yang boleh bagi rawatan untuk hati yang terluka???
Terluka bukan berdarah tapi...

[b]Read more..... [/b]

Friday, October 2, 2009

Lagu Kita...

[b] [/b]

Lagu ini ditujukan khas buat seorang insan yang jauh di mata tetapi dekat di hati :)

Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam.... teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

C/O: Dan aku terus...
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita

Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

( ulang c/o 1x)

Terciptalah Lagu Kita

[b]Read more..... [/b]

Thursday, September 24, 2009

[b] [/b]

Ya Allah...
Kurniakan hamba kekuatan untuk menyempurnakannya...
Kurniakan hamba ketabahan untuk menghadapi cabaran...
Lembutkan hati mereka untuk menerima...

Hanya kepada-Mu hamba berlindung...
Hanya kepada-Mu hamba mengadu...
Hanya kepada-Mu hamba memohon pertolongan...

Ya Allah...
Kurniakan hamba keselamatan
di dunia dan di akhirat...

Amin...

[b]Read more..... [/b]

Friday, August 21, 2009

Cerita Kartun Kegemaran Aku...

[b] [/b]


(Macam Mr. UK)






(Kak Ran)

[b]Read more..... [/b]

Friday, August 14, 2009

Maafkan...

[b] [/b]





Entah mengapa hati ini terlalu merindu.
Sedangkan baru 1 malam bulan tidak kelihatan.
Ketiadaan bulan juga telah menyebabkan terjadinya ombak besar di lautan hati ini.
Malam-malam yang bakal dilalui akan menjadi gelap kerana bulan tidak akan muncul dalam jangka waktu yang lama.
Pungguk akan terus merindu.
Kerana Pungguk percaya,
Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

[b]Read more..... [/b]

Sang Pungguk Rindu Bulan...

[b] [/b]

[b]Read more..... [/b]

Thursday, August 6, 2009

Penantian Sang Pungguk...

[b] [/b]

Sang Pungguk memerhatikan bulan di langit
Sungguh indah ciptaan-Mu Ya Allah
Adakalanya ia kelihatan terang
Adakalanya pudar dilitupi awan yang berarak
Sang Pungguk sedar kedudukan Sang Pungguk dengan bulan adalah jauh
Namun begitu
Sang Pungguk tetap setia menanti
Semoga bulan tidak mengecewakan penantian Sang Pungguk

[b]Read more..... [/b]

Thursday, July 9, 2009

Terungkai Sudah Rahsia Hati...

[b] [/b]


(7/7/2009)

[b]Read more..... [/b]

Tuesday, July 7, 2009

Suara Azan...

[b] [/b]



Suara azan memecah keheningan pagi
Sang Pungguk terkesima
Terjaga dari lena yang panjang
Tersedar dari merindukan bulan

Dahulu
Suara itu diamati
Dengan penuh kesyahduan
Dengan penuh kerinduan
Dengan penuh keasyikkan

Kini
Sang pungguk mula sedar
Bahawa suara itu hanya pinjaman
Daripada Tuhan kepada yang mengalunkan

Sang Pungguk kini
Mula menghayati bait-bait
Yang mengEsakan Tuhan

*Hasil nukilan masumoshaf2009

[b]Read more..... [/b]

Friday, June 19, 2009

Tabahkan hatiku Ya ALLAH...

[b] [/b]

Mungkinkah ini permulaan bagi sebuah pengakhiran???
Demi untuk menjaga hati dan syariat-Nya.
Agak berat untuk aku menerima.
Tetapi mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku dan dia.
Kerana aku yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Tabahkan hatiku Ya ALLAH.
Amin...

[b]Read more..... [/b]

Tuesday, June 9, 2009

Musafir Kembara Sufi 3...

[b] [/b]

Akhir-akhir ini ombak sering melanda.
Aku sendiri kurang pasti apakah sebabnya.
Ku sangkakan musafir kembara sufi akan meredakan ombak tetapi sangkaanku tersasar.

Ya ALLAH
Adakah ini jalan yang Kau lorongkan kepada ku untuk menempuhi kemungkinan yang akan berlaku?
Adakah ini peluang yang Kau berikan kepada ku untuk menunaikan hasrat yang ku hajati selama ini?
Atau adakah ini cara untuk Kau menegur kesilapanku?

Ampunkan aku Ya ALLAH.
Jagalah hati ku.
Kerana hanya Kau sahaja yang mengetahui apa yang tersirat di dalam hati setiap hamba-Mu.

Kepada insan itu,
Maafkan aku kerana memulakan segala-galanya.
Maafkan kau kerana telah hadir dalam hidupmu.
Maafkan aku andai kehadiranku telah mengganggu keceriaan hidupmu selama ini.

Terima kasih atas segala-galanya.

[b]Read more..... [/b]

Monday, June 8, 2009

Sebelum Akad Terpatri...

[b] [/b]

Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

*diambil daripada sepaku.net

******************************************************


“Yang dicari,
Walau bukan putera raja, biarlah putera agama.
Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati.
Yang diharap,
bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia..
dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan ilahi,
itulah ketentuan sejak azali…”

[b]Read more..... [/b]

Tak Tau Nak Bagi Tajuk...

[b] [/b]

Mengapa perlu ada perasaan begini.
Mungkinkah kerana aku terlalu sensitif???
Terlalu mudah terasa hati terhadap perlakuan makhluk-makhluk dan manusia-manusia di sekelilingku.

Aku lemah Ya ALLAH
Bantulah aku dalam mengharungi cabaran dan liku-liku hidup ini.
Kuatkan lah hati hamba-Mu ini untuk menghadapinya.
Amin...

[b]Read more..... [/b]

Sunday, June 7, 2009

Alhamdulillah...

[b] [/b]

Alhamdulillah musafir kembara sufi 2 ini berjaya mencapai matlamatnya biarpun hanya 50%.
Ia bisa mendidik diri ini untuk mengharungi sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.
Ucapan terima kasih ditujukan kepada insan itu kerana telah membantu untuk menjayakan musafir kembara sufi kali ini.

[b]Read more..... [/b]

Tuesday, June 2, 2009

Musafir Kembara Sufi 2...

[b] [/b]

Hadirnya tanpa diduga
Berjaya menberikan sinar
Berlanjutan hingga kini
Selama ini
Aku cuba untuk menggagahkan diri
Namun kini aku tewas
Tewas dengan air mata
Aku benci akan ketewasan ini

Maafkan aku wahai insan
Kerana aku tidak mampu untuk menjadi
Seperti yang sering aku ucapkan
Memang benar katamu
Aku bukanlah sebegitu
Aku tidak mampu untuk menipu diri ini

Entah mengapa akhir-akhir ini
'Rumah' itu sering dilanda badai
Mungkin badai itu yang menyebabkan aku tewas
Setiap kali
Bait-bait PERKATAAN yang lahir dari bibirmu
Mengundang air mata

Maafkan aku wahai insan
Maafkan aku wahai insan
Maafkan aku wahai insan

Semoga "musafir kembara sufi" edisi kedua ini
Akan dapat mengembalikan semula
Sinar keceriaan dan kebahagiaan
Antara aku dan insan itu

**********

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Sayangku...

[b]Read more..... [/b]

Sunday, May 31, 2009

Antara Cinta Dan Kasih...

[b] [/b]




Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

[b]Read more..... [/b]

Saturday, May 30, 2009

Ibu Mithali...

[b] [/b]




OLEH NORHASHIMAH HASHIM



PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,

telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu

sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah

iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.



"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada

penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain

daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah

Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil

memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "



Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.

Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit

hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang

wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.



Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke

pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang

kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka

dijemput?



Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai

sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung

ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.



Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima

sebelumnya.. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia

beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.



'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan

menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti

hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap

berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang

dipakainya.'



Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.



Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku.

Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan

penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya

masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.



Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan

majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam

tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas

dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi

salam.



Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja

denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas.

Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.



"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana

dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang

ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak

penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang

penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."





Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan

gadis itu.



"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian

itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat

saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang ,

disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk

membantu menjaga anak-anak kandungnya"





"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi

balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan

terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang

memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus

menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri

daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin

masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru

menerima anugerah sebentar tadi."



Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.



"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin

kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.



"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang

merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang

tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada

dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke

dalam bilik itu, ialah Abang Andak."



"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan

mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak

boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah

kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak

berumur satu atau, dua tahun."



Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka

menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.



"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau

usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh,

mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka

sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai

mereka."



"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui

abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa

daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati

melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."



" Mira h dah besar, kan ? Mira h dah boleh uruskan diri Mira h sendiri, kan ?"

Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu

telah menyemarakkan api radang saya



"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk

kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mira h, mak selalu berkira!"



" Mira h, abang-abang dan kakak-kakak Mira h tidak secerdas Mira h. Mereka

cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa

membantu mereka."





"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota

mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta.

Yang betulnya, mereka malas, mak!"



" Mira h ... Mira h belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali

dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu

tidak pernah mengundang rasa simpati saya.



"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh.

Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma

sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar

kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.

Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika

makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak

terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka,

tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka

tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang

saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak.

Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."



"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah

mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.

"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang

lain. Mira h pun takkan rasa terganggu lagi."



"Mereka anak-anak mak, Mira h. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan

petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya

mencadangkan hal itu.



"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.

Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang

telah sedia terentang di hadapannya."



"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua

belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah

terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan

untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.

Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali

mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan

kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."



Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.



"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan

kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup

menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak

benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan.

Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja.

Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air

ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang

pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.

Penat saya membersihkannya. "





"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya

lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus

melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah

mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke

rumah ibu untuk mencari ketenangan."



"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mira h kepada

mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mira h, bagilah Mira h pada orang lain yang

lebih menyayangi Mira h, bukan mak."



" Mira h!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu

bagi Mira h kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mira h."



"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi

itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya.

Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga

saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak

dapat menjaga seorang anak normal.



Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."



"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan

cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan

menjaga Mira h. Lagipun, dengan menyerahkan Mira h kepada mak, ibu masih dapat

melihat Mira h membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mira h tinggal

bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mira h

berbanding dengan anak anaknya yang lain."



"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mira h? Ibu tahu

tak yang Mira h ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"



"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mira h. Ibu tahu sekali-sekala

saja mak membebankan Mira h dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga

abang-abang dan kakak-kakak Mira h. Itu pun Mira h buat tidak sesungguh hati.

Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena

lempanglah."



"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu

saya bersalah.



"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mira h kepada ibu. Ibu sendiri yang

kerap mengintai Mira h dan melihat bagaimana Mira h melaksanakan suruhan mak."



"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."



"Ibu malu, Mira h. Ibu mengharapkan kehadiran Mira h di rumah mak kau itu

dapat meringankan penderitaan mak.



Tetapi, ternyata kehadiran Mira h di rumah itu menambahkan beban mak."



"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."



"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mira h, jauh lebih baik daripada

apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mira h dapat ke sekolah.

Kakak-kakak dan abang-abang Mira h hanya duduk di rumah. Mira h dapat banyak

pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga.

Setiap kali Mira h berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan

meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat

Mira h terima hadiah."



"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya

tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."



"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu

kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang

diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."

"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak

yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak

dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya

dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "



" Mira h," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik

saya. " Mira h."



"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."



"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. " Mira h dah tidur

rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mira h letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak

semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mira h masih

terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar

terdesak pagi tadi, Mira h. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mira h

lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan

kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"



Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya.

Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah

mak ketika itu.



" Mira h, mak tahu Mira h tak bahagia tinggal bersama-sama mak."



Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur

di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur

menimpa serata muka dan leher saya.



"Walau apa pun tanggapan Mira h kepada mak, bagi mak, Mira h adalah

segala-galanya. Mira h telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mira h telah

menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mira h telah. ."



"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang

lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak

tangis.





Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya

terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai

keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang

serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.



Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu

berbicara.



Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima ,

saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di

sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.



"Kenapa Mira h tolak tawaran itu?"



"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mira h boleh belajar dengan

sempurna?"



"Betul tu, Mira h. Di sana nanti Mira h tak akan berdepan dengan gangguan

daripada abang-abang dan kakak-kakak! "



" Mira h tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"



Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip

memandang saya.



"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.



" Mira h ingin terus tinggal di rumah ini. Mira h ingin terus berdamping dengan

mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "



"Tapi, boleh ke Mira h buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah

menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.



"Insya-Allah, mak. Mira h rasa, Mira h dapat mengekalkan prestasi Mira h semasa

di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.



Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus

memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka.

Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi

pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.





Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya

daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan

pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu.

Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran

didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.



Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat,

apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan

penuh minat.



"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di

Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam

bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin

menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di

samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan

bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "



"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru

pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah

yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan

mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."



"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang

dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali

saya terdengar perbualan mak dan Ayah."



"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada,

bang?" suara mak diamuk pilu.



Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan

Mira h pula?"



" Mira h bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia

kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "



" Mira h nak tegaskan di sini, mak, yang Mira h akan membela nasib abang-abang

dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara

kandung Mira h. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mira h dan tubuh mereka

adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mira h dan mereka, juga

tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mira h dan mereka, adalah tangan

yang sama, tangan mak."



Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk

sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,

khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.



Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai

pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak,

di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan

merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima

anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang

disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.



"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai

banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak

tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada

rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan

ayah.."



"Maafkan Mira h sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak

masih tidak menyenangi tindakan Mira h mencalonkan mak, untuk menerima

anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah

mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.

Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana

mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."



"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini,

bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan

ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda

yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel,

segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."



"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya

kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah

seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini

akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."



"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "



Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.



Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri.

Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam

pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera

rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara

rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik

perhatian wartawan-wartanan lain.



'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat

skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'

Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.



Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian

yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.



"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak

sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri

Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu

Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah

iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "



Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya

melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa.. Lutut maknya

menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia

terduduk kembali di atas kerusi.



Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang

mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau

menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.



Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,

seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke

pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah

hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.



(Dewan Sastera Mei 2000)

[b]Read more..... [/b]

Sunday, May 24, 2009

Kisah Wanita Agung (3) - Zainab Binti Muhammad...

[b] [/b]

Kisah Zainab binti Muhammad adalah contoh terbaik dalam memperkatakan kesetiaan seorang isteri, keikhlasan cinta dan ketulusan iman. Zainab merupakan puteri sulung Muhammad bin Abdullah dan Khadijah binti Khuwailid, yang dilahirkan selepas dua tahun perkahwinan ibu bapanya. Ketika itu Muhammad berusia 27 tahun, sementara Khadijah 42 tahun.

Kelahiran Zainab memberikan kegembiraan yang tidak terhingga kepada ibu bapanya walaupun masyarakat jahiliah ketika itu tidak menyukai anak perempuan. Zainab menjadi remaja yang tertib hasil didikan orang tuanya. Dia dikagumi kerana cekal menguruskan adik-adiknya disebabkan usia Khadijah ketika itu agak lanjut. Ketika tiba usia perkahwinan, ibu saudaranya, Halah binti Khuwailid, telah melamar gadis itu untuk puteranya, Abu al-'Ash bin Rabi'. Perkahwinan Zainab dilangsungkan meriah dan ibunya memberikan seutas kalung sebagai hadiah perkahwinan. Pasangan ini dianggap ideal dan mereka hidup aman bahagia.

Ketika Muhammad berusia 40 tahun, baginda diangkat sebagai Rasulullah. Zainab antara orang yang terawal mengikut jejak langkah bapanya menerima Islam. Bagaimanapun Abu al'Ash enggan memeluk Islam dengan pelbagai alasan. Sebagai isteri, Zainab tidak dapat berbuat apa-apa tetapi dia masih tinggal serumah dengan suaminya. Lagipun ketika itu belum ada wahyu yang melarang suami isteri yang tidak seagama tinggal serumah. Ketika bapanya berhijrah ke Madinah, Zainab tidak turut serta kerana masih setia kepada suaminya.

Perang Badar meletus pada tahun ke-2 Hijrah /624 Masihi. Kaum musyrikin kalah teruk dalam pertempuran itu dan ramai yang menjadi tawanan di Madinah. Salah seorangnya adalah Abu al-'Ash, suami Zainab, menantu Rasulullah. Ketika mendengar suaminya menjadi tawanan bapanya di Madinah, Zainab telah mengirimkan kalung hadiah ibunya sebagai bayaran tebusan suaminya. Menitis air mata Rasulullah kerana baginda mengenali pemilik kalung itu dan memahami cinta Zainab terhadap suaminya.

Kaum muslimin bersetuju memulangkan kalung itu kepada Zainab dan membebaskan Abu al-'Ash. Kepulangan suaminya disambut gembira. Bagaimanapun dia amat terkejut apabila Abu al-'Ash menceraikannya. Abu al-'Ash memberitahu perceraian itu atas arahan Rasulullah berikutan turun wahyu yang melarang suami isteri tinggal bersama selepas salah seorangnya memeluk Islam. Kerana itu Abu al-'Ash mesti menceraikan Zainab dan memulangkan isterinya kepada bapanya di Madinah.

Kedua-dua suami isteri ini tidak dapat menahan kesedihan masing-masing apatah lagi kerana Zainab sedang hamil empat bulan. Abu al-'Ash tidak tergamak untuk mengiringi Zainab keluar Mekah, lantas mengamanahkan adiknya Kinanah menghantar Zainab ke sana. Dia berpesan supaya melindungi Zainab dan mempertahankan wanita itu dengan nyawa. Sementara di luar kota Mekah, Zaid bin Harisah dan seorang lelaki Ansar menjadi wakil Rasulullah untuk membawa puteri baginda ke Madinah.

Kaum kafir Quraisy mendapat tahu mengenai keberangkatan itu. Mereka keluar mencari Zainab dan bertembung dengannya di Dzi Thuwa. Untanya ditombak menyebabkan Zainab terjatuh dan mengalami keguguran. Abu Sufyan yang turut serta dalam kumpulan lelaki Quraisy itu memberitahu Kinanah bahawa tindakannya membawa Zainab keluar pada waktu siang adalah tidak tepat kerana ia akan menambahkan lagi malu mereka selepas kekalahan Perang Badar. Zainab pun dibawa balik ke Mekah untuk dirawat dan diserahkan kepada wakil Rasulullah pada sebelah malam.

Kedatangan Zainab ke Madinah disambut penuh gembira oleh masyarakat Madinah. Bagaimanapun Zainah dan Abu al-'Ash masih merindui satu sama lain dan sentiasa berharap untuk bersama semula. Pada tahun ke-6H, Abu al-'Ash mengikut satu rombongan dagang ke Syam. Dalam perjalanan pulang, rombongan mereka ditahan orang Islam dan semua hasil dagangannya dirampas. Dia tidak berani pulang ke Mekah dengan tangan kosong kerana dia tahu ramai yang sedang menanti untuk mendapatkan wang masing-masing.

Abu al-'Ash teringat bekas isterinya dan cuba meminta pertolongan. Dia menyusup masuk ke Madinah pada waktu malam dan meminta Zainab melindungi serta mendapatkan hartanya yang dirampas. Kerana cinta, Zainab berikrar membantu Abu al-'Ash. Rasulullah mendapat tahu hal itu dan menasihatkan puterinya bahawa Abu al-'Ash haram baginya sebelum dia memeluk Islam.

Bagaimanapun baginda faham bahawa puterinya itu masih mempunyai perasaan terhadap bekas suaminya dan pengorbanan besar Zainab terhadap Islam. Zainab akur dengan arahan bapanya dan menyerahkan Abu al-'Ash kepada orang Islam untuk dihukum. Abu al-'Ash ditanya kesediaannya untuk memeluk Islam tetapi katanya, dia perlu memulangkan hasil dagangan itu kepada rakyat Mekah terlebih dahulu supaya tidak digelar pengkhianat. Jika dia memeluk Islam dahulu, imej Islam pasti akan tercemar.
Harta itu dipulangkan kepada Abu al-'Ash. Dia kembali ke Mekah membahagikan hasilnya kepada rakyat dan dipuji kerana amanahnya. Selesai tugasnya, Abu al-'Ash mengumumkan pengislamannya dan berhijrah ke Madinah. Pasangan itu dikahwinkan semula mengikut syarak dan hidup bahagia. Kesan keguguran yang pernah dialami Zainab menyebabkan kesihatannya terganggu. Dia meninggal dunia ada tahun ke-8H, diikuti suaminya empat tahun kemudian. Sehingga kini Zainab dikenang sebagai seorang isteri yang setia, juga taat kepada Islam.

[b]Read more..... [/b]

Suara Rindu...

Lagu kegemaran. Lama giler aku cari lagu ni weh. Rupa2nya ramai gak yang nak cari lagu ni. Tak sangka huhu. Alhamdulillah syukur sgt2 dapat gak jumpa. Hehe...