BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 31, 2009

Antara Cinta Dan Kasih...

[b] [/b]




Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

[b]Read more..... [/b]

Saturday, May 30, 2009

Ibu Mithali...

[b] [/b]




OLEH NORHASHIMAH HASHIM



PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,

telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu

sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah

iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.



"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada

penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain

daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah

Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil

memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "



Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.

Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit

hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang

wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.



Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke

pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang

kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka

dijemput?



Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai

sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung

ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.



Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima

sebelumnya.. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia

beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.



'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan

menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti

hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap

berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang

dipakainya.'



Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.



Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku.

Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan

penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya

masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.



Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan

majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam

tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas

dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi

salam.



Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja

denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas.

Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.



"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana

dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang

ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak

penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang

penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."





Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan

gadis itu.



"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian

itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat

saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang ,

disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk

membantu menjaga anak-anak kandungnya"





"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi

balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan

terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang

memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus

menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri

daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin

masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru

menerima anugerah sebentar tadi."



Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.



"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin

kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.



"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang

merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang

tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada

dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke

dalam bilik itu, ialah Abang Andak."



"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan

mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak

boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah

kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak

berumur satu atau, dua tahun."



Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka

menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.



"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau

usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh,

mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka

sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai

mereka."



"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui

abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa

daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati

melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."



" Mira h dah besar, kan ? Mira h dah boleh uruskan diri Mira h sendiri, kan ?"

Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu

telah menyemarakkan api radang saya



"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk

kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mira h, mak selalu berkira!"



" Mira h, abang-abang dan kakak-kakak Mira h tidak secerdas Mira h. Mereka

cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa

membantu mereka."





"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota

mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta.

Yang betulnya, mereka malas, mak!"



" Mira h ... Mira h belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali

dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu

tidak pernah mengundang rasa simpati saya.



"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh.

Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma

sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar

kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.

Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika

makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak

terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka,

tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka

tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang

saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak.

Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."



"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah

mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.

"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang

lain. Mira h pun takkan rasa terganggu lagi."



"Mereka anak-anak mak, Mira h. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan

petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya

mencadangkan hal itu.



"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.

Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang

telah sedia terentang di hadapannya."



"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua

belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah

terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan

untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.

Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali

mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan

kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."



Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.



"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan

kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup

menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak

benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan.

Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja.

Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air

ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang

pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.

Penat saya membersihkannya. "





"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya

lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus

melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah

mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke

rumah ibu untuk mencari ketenangan."



"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mira h kepada

mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mira h, bagilah Mira h pada orang lain yang

lebih menyayangi Mira h, bukan mak."



" Mira h!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu

bagi Mira h kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mira h."



"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi

itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya.

Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga

saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak

dapat menjaga seorang anak normal.



Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."



"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan

cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan

menjaga Mira h. Lagipun, dengan menyerahkan Mira h kepada mak, ibu masih dapat

melihat Mira h membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mira h tinggal

bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mira h

berbanding dengan anak anaknya yang lain."



"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mira h? Ibu tahu

tak yang Mira h ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"



"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mira h. Ibu tahu sekali-sekala

saja mak membebankan Mira h dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga

abang-abang dan kakak-kakak Mira h. Itu pun Mira h buat tidak sesungguh hati.

Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena

lempanglah."



"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu

saya bersalah.



"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mira h kepada ibu. Ibu sendiri yang

kerap mengintai Mira h dan melihat bagaimana Mira h melaksanakan suruhan mak."



"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."



"Ibu malu, Mira h. Ibu mengharapkan kehadiran Mira h di rumah mak kau itu

dapat meringankan penderitaan mak.



Tetapi, ternyata kehadiran Mira h di rumah itu menambahkan beban mak."



"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."



"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mira h, jauh lebih baik daripada

apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mira h dapat ke sekolah.

Kakak-kakak dan abang-abang Mira h hanya duduk di rumah. Mira h dapat banyak

pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga.

Setiap kali Mira h berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan

meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat

Mira h terima hadiah."



"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya

tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."



"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu

kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang

diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."

"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak

yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak

dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya

dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "



" Mira h," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik

saya. " Mira h."



"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."



"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. " Mira h dah tidur

rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mira h letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak

semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mira h masih

terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar

terdesak pagi tadi, Mira h. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mira h

lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan

kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"



Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya.

Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah

mak ketika itu.



" Mira h, mak tahu Mira h tak bahagia tinggal bersama-sama mak."



Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur

di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur

menimpa serata muka dan leher saya.



"Walau apa pun tanggapan Mira h kepada mak, bagi mak, Mira h adalah

segala-galanya. Mira h telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mira h telah

menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mira h telah. ."



"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang

lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak

tangis.





Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya

terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai

keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang

serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.



Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu

berbicara.



Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima ,

saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di

sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.



"Kenapa Mira h tolak tawaran itu?"



"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mira h boleh belajar dengan

sempurna?"



"Betul tu, Mira h. Di sana nanti Mira h tak akan berdepan dengan gangguan

daripada abang-abang dan kakak-kakak! "



" Mira h tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"



Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip

memandang saya.



"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.



" Mira h ingin terus tinggal di rumah ini. Mira h ingin terus berdamping dengan

mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "



"Tapi, boleh ke Mira h buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah

menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.



"Insya-Allah, mak. Mira h rasa, Mira h dapat mengekalkan prestasi Mira h semasa

di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.



Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus

memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka.

Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi

pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.





Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya

daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan

pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu.

Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran

didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.



Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat,

apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan

penuh minat.



"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di

Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam

bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin

menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di

samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan

bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "



"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru

pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah

yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan

mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."



"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang

dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali

saya terdengar perbualan mak dan Ayah."



"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada,

bang?" suara mak diamuk pilu.



Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan

Mira h pula?"



" Mira h bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia

kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "



" Mira h nak tegaskan di sini, mak, yang Mira h akan membela nasib abang-abang

dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara

kandung Mira h. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mira h dan tubuh mereka

adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mira h dan mereka, juga

tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mira h dan mereka, adalah tangan

yang sama, tangan mak."



Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk

sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,

khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.



Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai

pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak,

di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan

merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima

anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang

disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.



"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai

banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak

tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada

rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan

ayah.."



"Maafkan Mira h sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak

masih tidak menyenangi tindakan Mira h mencalonkan mak, untuk menerima

anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah

mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.

Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana

mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."



"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini,

bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan

ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda

yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel,

segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."



"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya

kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah

seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini

akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."



"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "



Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.



Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri.

Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam

pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera

rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara

rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik

perhatian wartawan-wartanan lain.



'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat

skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'

Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.



Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian

yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.



"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak

sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri

Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu

Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah

iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "



Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya

melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa.. Lutut maknya

menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia

terduduk kembali di atas kerusi.



Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang

mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau

menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.



Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,

seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke

pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah

hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.



(Dewan Sastera Mei 2000)

[b]Read more..... [/b]

Sunday, May 24, 2009

Kisah Wanita Agung (3) - Zainab Binti Muhammad...

[b] [/b]

Kisah Zainab binti Muhammad adalah contoh terbaik dalam memperkatakan kesetiaan seorang isteri, keikhlasan cinta dan ketulusan iman. Zainab merupakan puteri sulung Muhammad bin Abdullah dan Khadijah binti Khuwailid, yang dilahirkan selepas dua tahun perkahwinan ibu bapanya. Ketika itu Muhammad berusia 27 tahun, sementara Khadijah 42 tahun.

Kelahiran Zainab memberikan kegembiraan yang tidak terhingga kepada ibu bapanya walaupun masyarakat jahiliah ketika itu tidak menyukai anak perempuan. Zainab menjadi remaja yang tertib hasil didikan orang tuanya. Dia dikagumi kerana cekal menguruskan adik-adiknya disebabkan usia Khadijah ketika itu agak lanjut. Ketika tiba usia perkahwinan, ibu saudaranya, Halah binti Khuwailid, telah melamar gadis itu untuk puteranya, Abu al-'Ash bin Rabi'. Perkahwinan Zainab dilangsungkan meriah dan ibunya memberikan seutas kalung sebagai hadiah perkahwinan. Pasangan ini dianggap ideal dan mereka hidup aman bahagia.

Ketika Muhammad berusia 40 tahun, baginda diangkat sebagai Rasulullah. Zainab antara orang yang terawal mengikut jejak langkah bapanya menerima Islam. Bagaimanapun Abu al'Ash enggan memeluk Islam dengan pelbagai alasan. Sebagai isteri, Zainab tidak dapat berbuat apa-apa tetapi dia masih tinggal serumah dengan suaminya. Lagipun ketika itu belum ada wahyu yang melarang suami isteri yang tidak seagama tinggal serumah. Ketika bapanya berhijrah ke Madinah, Zainab tidak turut serta kerana masih setia kepada suaminya.

Perang Badar meletus pada tahun ke-2 Hijrah /624 Masihi. Kaum musyrikin kalah teruk dalam pertempuran itu dan ramai yang menjadi tawanan di Madinah. Salah seorangnya adalah Abu al-'Ash, suami Zainab, menantu Rasulullah. Ketika mendengar suaminya menjadi tawanan bapanya di Madinah, Zainab telah mengirimkan kalung hadiah ibunya sebagai bayaran tebusan suaminya. Menitis air mata Rasulullah kerana baginda mengenali pemilik kalung itu dan memahami cinta Zainab terhadap suaminya.

Kaum muslimin bersetuju memulangkan kalung itu kepada Zainab dan membebaskan Abu al-'Ash. Kepulangan suaminya disambut gembira. Bagaimanapun dia amat terkejut apabila Abu al-'Ash menceraikannya. Abu al-'Ash memberitahu perceraian itu atas arahan Rasulullah berikutan turun wahyu yang melarang suami isteri tinggal bersama selepas salah seorangnya memeluk Islam. Kerana itu Abu al-'Ash mesti menceraikan Zainab dan memulangkan isterinya kepada bapanya di Madinah.

Kedua-dua suami isteri ini tidak dapat menahan kesedihan masing-masing apatah lagi kerana Zainab sedang hamil empat bulan. Abu al-'Ash tidak tergamak untuk mengiringi Zainab keluar Mekah, lantas mengamanahkan adiknya Kinanah menghantar Zainab ke sana. Dia berpesan supaya melindungi Zainab dan mempertahankan wanita itu dengan nyawa. Sementara di luar kota Mekah, Zaid bin Harisah dan seorang lelaki Ansar menjadi wakil Rasulullah untuk membawa puteri baginda ke Madinah.

Kaum kafir Quraisy mendapat tahu mengenai keberangkatan itu. Mereka keluar mencari Zainab dan bertembung dengannya di Dzi Thuwa. Untanya ditombak menyebabkan Zainab terjatuh dan mengalami keguguran. Abu Sufyan yang turut serta dalam kumpulan lelaki Quraisy itu memberitahu Kinanah bahawa tindakannya membawa Zainab keluar pada waktu siang adalah tidak tepat kerana ia akan menambahkan lagi malu mereka selepas kekalahan Perang Badar. Zainab pun dibawa balik ke Mekah untuk dirawat dan diserahkan kepada wakil Rasulullah pada sebelah malam.

Kedatangan Zainab ke Madinah disambut penuh gembira oleh masyarakat Madinah. Bagaimanapun Zainah dan Abu al-'Ash masih merindui satu sama lain dan sentiasa berharap untuk bersama semula. Pada tahun ke-6H, Abu al-'Ash mengikut satu rombongan dagang ke Syam. Dalam perjalanan pulang, rombongan mereka ditahan orang Islam dan semua hasil dagangannya dirampas. Dia tidak berani pulang ke Mekah dengan tangan kosong kerana dia tahu ramai yang sedang menanti untuk mendapatkan wang masing-masing.

Abu al-'Ash teringat bekas isterinya dan cuba meminta pertolongan. Dia menyusup masuk ke Madinah pada waktu malam dan meminta Zainab melindungi serta mendapatkan hartanya yang dirampas. Kerana cinta, Zainab berikrar membantu Abu al-'Ash. Rasulullah mendapat tahu hal itu dan menasihatkan puterinya bahawa Abu al-'Ash haram baginya sebelum dia memeluk Islam.

Bagaimanapun baginda faham bahawa puterinya itu masih mempunyai perasaan terhadap bekas suaminya dan pengorbanan besar Zainab terhadap Islam. Zainab akur dengan arahan bapanya dan menyerahkan Abu al-'Ash kepada orang Islam untuk dihukum. Abu al-'Ash ditanya kesediaannya untuk memeluk Islam tetapi katanya, dia perlu memulangkan hasil dagangan itu kepada rakyat Mekah terlebih dahulu supaya tidak digelar pengkhianat. Jika dia memeluk Islam dahulu, imej Islam pasti akan tercemar.
Harta itu dipulangkan kepada Abu al-'Ash. Dia kembali ke Mekah membahagikan hasilnya kepada rakyat dan dipuji kerana amanahnya. Selesai tugasnya, Abu al-'Ash mengumumkan pengislamannya dan berhijrah ke Madinah. Pasangan itu dikahwinkan semula mengikut syarak dan hidup bahagia. Kesan keguguran yang pernah dialami Zainab menyebabkan kesihatannya terganggu. Dia meninggal dunia ada tahun ke-8H, diikuti suaminya empat tahun kemudian. Sehingga kini Zainab dikenang sebagai seorang isteri yang setia, juga taat kepada Islam.

[b]Read more..... [/b]
[b] [/b]



[b]Read more..... [/b]

Saturday, May 23, 2009

Selamat Tinggal Ibuku...

[b] [/b]

Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerna Takdir Telah Menentukan

Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu
Semoga Diri Ibu Bahgia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang
Kerna Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu
Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku

*********************************

Assalamualaikum mak
Saya masih ingat lagi kenangan 18 tahun yang lalu.
Masa tu umur saya 6 tahun.
Saya pernah nyanyi lagu ni.
Mak marah.
Mak kata nak sangat mak mati ke?
Lepas tu saya dah tak berani nak nyanyi lagu ni.

Saya sayang kat mak.
Rindu sangat-sangat kat mak.
Semoga mak bahagia di sana.
Amin.
Al-Fatihah...

[b]Read more..... [/b]

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu...

[b] [/b]



Meskipun telah 6 tahun aku tidak mengucapkan ucapan "selamat hari ibu" kepada yang selayaknya, namun aku bersyukur kerana telah berpeluang untuk meneguk kasih sayang daripada seorang insan bergelar ibu.

Perginya tiada ganti. Terima kasih ALLAH kerana telah meminjamkan dia kepada ku selama 18 tahun. Kuharap kami dapat bertemu kembali di dalam syurga-MU. Amin...

p/s
Hargailah insan yang berada di sekeliling kita selagi hayat mereka masih ada.

Wassalam. Chow.

[b]Read more..... [/b]

Friday, May 8, 2009

[b] [/b]

[b]Read more..... [/b]

Thursday, May 7, 2009

Lafaz Yang Tersimpan...

[b] [/b]

Pengalaman mengajar erti kehidupan. Dalam kehidupan ini, pelbagai ragam manusia dapat kita perhatikan. Semua itu menjadikan kita lebih matang dalam menangani kerenah manusia. Ada yang cakap tak serupa bikin, membangga diri, menganggap diri paling hebat di dalam dunia ini, seperti semua perkara dia boleh buat, mampu buat dan mudah sahaja bagi dirinya yang ‘memang hebat’ dalam semua aspek itu. Dah tu suka menyampuk bila orang sedang bercakap. Kalau ye pun nak menyampuk, bagi la salam dulu. “Assalamualaikum. Boleh tak saya nak menyampuk?”. Haaa kan ke sopan sikit gaya nya. Takde la orang jadi bengang dengan engkau. Sabau je le. Ada juga yang menganggap diri mereka terlalu bagus sehinggakan orang lain salah belaka. Dalam bahasa sopannya, “engkau je la yang betul”. Mereka lah segala-galanya. Mereka lah yang bagus. Mereka lah yang bijak. Masalahnya yang berperangai begitu orang-orang yang ada ilmu tetapi jika hendak dibandingkan, lebih elok lagi perangai orang yang tiada ilmu. Nampak sahaja sopan tetapi hampeh (sopan ke kaedahnya???). Memang tidak boleh pakai. Kadang-kadang aku rasa adalah lebih baik berkawan dengan manusia-manusia yang kurang ilmu agamanya dan tidak sesopan mana daripada berkawan dengan makhluk-makhluk seperti itu. Ada juga yang bertanam tebu di pinggir bibir, lembut gigi daripada lidah, dan bermacam-macam peribahasa lagi yang sesuai untuk mereka. Yang pastinya bukan lah peribahasa yang positif maksudnya. Haha. Ada juga makhluk-makhluk yang begitu disegani tetapi berperangai seperti………………. hmm tak terluah dengan kata-kata. Lafaz yang tersimpan. Kalau dah tau awak tu siapa, cuba la buat perangai tu elok-elok sikit sesuai dengan status and imej awak tu. Ini tidak, perangai budak tadika umur 5 tahun lagi baik la. Ada fahaaamm??? Ada yang perlu diikuti semua kehendaknya dan tidak mahu mengalah. Tanpa disedari perlakuannya itu telah mengundang rasa tidak puas hati orang lain. Ada juga yang kata sudah tahu yang mana kawan, yang mana lawan, tetapi rapat juga dengan lawan dia tu. Hmmm tak faham aku. Pelik-pelik-pelik. Ada juga insan yang terlalu suka meminta maaf tetapi apabila orang lain menghulurkan kata-kata maaf kepadanya, dia mengatakan tidak perlu. Seperti dia sahaja yang boleh meminta maaf daripada orang lain. Geram sungguh. Geram-geram-geram.

Aku sudah letih untuk melayan kerenah makhluk-makhluk seperti ini. Kadang kala aku terasa seperti mahu menangis kerana sudah tidak sanggup lagi berhadapan dengan semua ini. Terasa seperti ingin sahaja aku membalas segala perbuatan mereka kepadaku, tetapi aku tidak berdaya. Kerana aku bukan seperti mereka.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu untuk menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya Kau tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Sesungguhnya aku telah melalui ujian-Mu yang lebih berat daripada ini. Ya Allah, tenangkanlah hatiku, tenangkanlah jiwaku, tenangkanlah perasaanku, tenangkanlah fikiranku. Amin…

Terdapat juga manusia-manusia yang sungguh tulus hati budinya sehingga tidak pernah menyakiti hati insan lain. Aku kagum dengan keperibadian itu. Sungguh kagum. Dengan suara dan bahasa yang sopan, setiap perbuatan dimulakan dengan doa yang panjang. Mungkin sebab itu mereka diberkati oleh Allah swt. Aku ingin menjadi seperti mereka. Amin…

Berbalik kepada cerita-cerita makhluk yang lupa diri di atas, aku ada 1 cara untuk menanganinya, seperti yang dilakukan oleh seorang sahabatku. Dia berusaha untuk menjadikan dirinya seorang yang kasar. Tujuannya adalah semata-mata untuk membentengi diri daripada cepat terasa hati dan terluka dengan anasir-anasir jahat dan setiap perlakuan makhluk-makhluk yang berusaha untuk menyakiti hatinya. Dengan menjadikan dirinya kasar, dia akan ignore apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh makhluk-makhluk di sekitarnya. Dengan cara itu, dia tidak akan cepat terasa hati dengan perlakuan mereka dan hati pun akan menjadi tenang. InsyaAllah. Best tak??? Best best best. (versi upin ipin). Ok jumpa lagi di lain siaran. Wassalam… Chow…

[b]Read more..... [/b]

Suara Rindu...

Lagu kegemaran. Lama giler aku cari lagu ni weh. Rupa2nya ramai gak yang nak cari lagu ni. Tak sangka huhu. Alhamdulillah syukur sgt2 dapat gak jumpa. Hehe...