BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 10, 2008

Menghitung Hari...

[b] [/b]

Hanya beberapa hari je lagi aku akan menjejakkan semula kaki ke bumi KUIS. Macam2 perassan ade. Gembira, sedih, takut, berdebar, risau. Gembira sbb nak jpe kwn2. Sedih sbb nak tinggalkan rumah, nnt abah sunyi bila adik dh masuk skolah. Takut n bdebar sbb semua subject nak buat midterm. N lastly aku risau andai hati ni akan kembali terusik. Hmmmm......... Ya ALLAH tabahkanlah hati hamba-Mu ini. Amin...

@ Bukan Mudah... Tika Hati Diuji Suara @

[b]Read more..... [/b]

Senyum...

[b] [/b]



SENYUM...
Satu perbuatan yang amat mudah dilakukan tetapi paling sukar untuk dilaksanakan.
Mengapa???
Sedangkan kita hanya perlu melebarkan sedikit sahaja bibir anugerah ALLAH ini utk dihadiahkan kepada insan lain.
Kadangkala aku sendiri tidak mengerti mengapa bibir ini begitu payah untuk dilebarkan.
Senyuman tidak memerlukan bayaran ataupun hukuman jika melakukannya.
Semoga aku diberikan kekuatan untuk menghadiahkan sebuah senyuman seikhlas hati kerana ALLAH kepada insan yang layak menerimanya iaitu kaum yang seangkatan denganku.
Amin...

@ Bukan Mudah... Tika Hati Diuji Suara @

[b]Read more..... [/b]

Bisakah Aku Menjadi Sepertinya???

[b] [/b]

[b]Read more..... [/b]

Sunday, December 7, 2008

Bukan Mudah... Tika Hati Diuji Suara

[b] [/b]

Bukan mudah untukku terima
Bukan mudah untukku percaya
Bukan mudah untukku laksana
Bukan mudah untukku lupa

Aku mengerti Ya ALLAH
Aku sedar Ya ALLAH
Ini adalah aturan-Mu
Ini adalah tanggungjawabku

Ya ALLAH...
Bantulah aku supaya istiqomah
Bantulah aku supaya pasrah
Bantulah aku supaya tabah
Bantulah aku supaya tidak mudah mengalah

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nya
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa


Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

[b]Read more..... [/b]

Wednesday, November 26, 2008

Ya ALLAH Bantulah Aku...

[b] [/b]

Ya ALLAH...
Terasa berat ujian ini
Hampir aku tersungkur
Hampir aku menangis
Hampir aku berputus asa

YA ALLAH...
Terlalu banyak yang perlu kulakukan
Yang menuntut pengorbanan
Yang menguji kesabaran

Aku lemah Ya ALLAH
Aku jahil Ya ALLAH
Namun aku tidak mahu terus berada dalam
kelemahan dan kejahilan yang kucipta sendiri

Ya ALLAH...
Bantulah aku dalam melalui liku2 hidup ini
Aku tidak mampu sendiri
Tanpa petunjuk dan kasih sayang-MU
Ku yakin ujian ini dalah tanda kasih sayang-MU padaku
Pimpinlah aku
Redhai hidupku
Permudahkan segala urusanku
Ampunilah segala dosaku
Amin Ya RABB...

[b]Read more..... [/b]

Monday, October 27, 2008

[b] [/b]

Photobucket

[b]Read more..... [/b]

Forgive Me ALLAH

[b] [/b]

Forgive me Allah
For the wrongs I have done.
For anger, I shouldn't have
Against anyone.

I know I'm weak Allah,
But I love You, I really do,
And in spite of my weakness,
I know You love me too.

Forgive me for not reading Your word,
And for the times that I stray.
Forgive me for just being too tired
When I don't take the time to pray.

Give me the strength, Oh! Allah,
to do what I should each day.
Let Your love shine through me
So others will follow Your way.

Even though I've failed You Allah,
I know You'll forgive me,
And this I promise Allah,
A better Muslim I will be.

For Your presence is in me
Filling my heart with Your love,
And I have Your reassurance
You're guiding from above.

I love You Allah, and thank You
For the blessings You bestow,
I will tell others about You
So Your goodness they too, will know.

[b]Read more..... [/b]

Saturday, October 18, 2008

I Love Islam

[b] [/b]



Ya ALLAH,
Semoga kami kekal dalam nikmat Iman dan Islam yang Kau kurniakan ini.
Ikhlaskanlah hati kami.
Amin Ya Rabb...

[b]Read more..... [/b]

Tuesday, October 14, 2008

Assalamualaikum

[b] [/b]


I made this widget at MyFlashFetish.com.

[b]Read more..... [/b]

Monday, October 6, 2008

[b] [/b]

[b]Read more..... [/b]

Sunday, July 13, 2008

PINGGAN UNTUK AYAH

[b] [/b]

Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun.
Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.
Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.
Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu.
Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan.
Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.
Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah.
Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.
Prannnnngggggg ... !!
Bertaburan kaca di lantai.
Lelaki tua serba salah.
Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya.
Rina masam mencuka.
Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita".

Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.Arwan hanya membisu.
Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.
Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan.
Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran.
Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu.
Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan.
Dia terkenang arwah isterinya.
Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang".
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ.
Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan.
Dia diperlakukan seperti hamba.
Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri.
Dia tidak mahu melukakan hati cucunya.
Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.
Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh.
Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.
"Oh! Ya..." bisiknya.
Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlalu.
Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah.
Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.
Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu.
Viva seperti sedang membuat sesuatu.
Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.
"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya.
Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.
"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu.
Perasaan Rina terusik.
Kelopak mata kedua-duanya bergenang.
Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!
Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan.
Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas.
Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya.
Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.
Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.
"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.
Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

~Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.
Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti.
Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan~

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)

"Dialah Allah dilangit dan dibumi. Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa2 yang kamu usahakan".
(Al- An'am: 3)



Wassalam…………



www.iLuvislam.com

oleh: Ruzaini*

[b]Read more..... [/b]

Saturday, July 12, 2008

RENUNGAN

[b] [/b]


Aku telah menemui sebuah rumah yang usang.
Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa.
Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih.
Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga", jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh".
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan".
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh".
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak. Kami ni makan sekali je sehari..." jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih.
Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.
Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.
Aku beli satu kilo tulang lembu.
Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu.
Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar.
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik".
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan.
Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya.
Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata, "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat".
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari".
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.

"Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?
Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa meskipun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah daripada kita.

Pengajaran :

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.
Betapa susah kehidupan yang kita lalui, masih ramai lagi insan yang lebih menderita daripada kita.


"Dialah Allah dilangit dan dibumi. Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa2 yang kamu usahakan".
(Al- An'am: 3)
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah tiada.

Wassalam…………

[b]Read more..... [/b]

Suara Rindu...

Lagu kegemaran. Lama giler aku cari lagu ni weh. Rupa2nya ramai gak yang nak cari lagu ni. Tak sangka huhu. Alhamdulillah syukur sgt2 dapat gak jumpa. Hehe...