Maafkan aku kerana selama ini menjadi batu penghalang untuk kau mencapai impian.
Maafkan aku kerana selama ini menjadi batu penghalang untuk kau bersosial.
Maafkan aku kerana selama ini menjadi batu penghalang untuk kau membeli saham akhirat.
Mungkin aku ini seorang yang terlalu mengongkong.
Mungkin aku ini seorang yang terlalu inginkan perhatian.
Mungkin aku ini seorang yang tidak bisa memahami perasaan orang lain.
Maafkan aku teman.
Aku tidak akan lagi menjadi penghalang untukmu melakukan semua itu.
Maafkan aku.
Terima kasih atas segalanya.
Semoga kau bahagia di dunia dan akhirat.
Akhirnya ku tahu dimanakah kedudukanku di hati mu.
Kini aku ibarat melukut di tepi gantang.
Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi
Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah kata hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..
Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
oleh kata fitnah
penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu…
Tuesday, May 18, 2010
Pengalaman Benar2 Mengajarku Erti Kehidupan...
Seuntai Kata, Luahan Rasa oleh Suraya at 2:33 AM 0 comments
Tuesday, May 11, 2010
Puasa...
Pungguk dan Bulan berpuasa.
Adakah Bulan akan merindukan Pungguk
atau Pungguk sahaja yang ternanti-nanti???
Antara Bulan dan Pungguk,
Siapakah yang berjaya bertahan sehingga waktu berbuka puasa?
Hmm...
Tunggu dan lihat. :)
Seuntai Kata, Luahan Rasa oleh Suraya at 11:01 PM 0 comments
Labels: Luahan
Sunday, April 4, 2010
Karam di Lautan Duka...
Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih berseri selamanya
Ataupun aku harus berserah
Kepadanya yang Maha Esa
Mestikah ada satu pengorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan
Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Kira nya tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan
Karam aku di lautan duka
Bila wajah mu hilang di mata
Tiada berita mengubat rindu di kala sendu
Ku biarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salah ku disakiti sebegini
Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Kira nya tiba dugaan yang mendatang
Aku kau tinggalkan
Karam aku di lautan duka
Bila wajah mu hilang di mata
Tiada berita mengubat rindu di kala sendu
Ku biarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salah ku disakiti sebegini
Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hati mu sayang
Seuntai Kata, Luahan Rasa oleh Suraya at 10:40 AM 0 comments
Sunday, February 28, 2010
Keliru...
Salahkah aku kerana tidak meletakkan diri di tempat itu?
Salahkah???
Iman yang tinggi disertakan dengan godaan yang tinggi.
Iman yang tinggi juga turut disertakan dengan pedoman yang tinggi.
Jadi, salahkah aku???
Aku benar-benar keliru...
Seuntai Kata, Luahan Rasa oleh Suraya at 2:05 AM 0 comments
Saturday, February 27, 2010
ABC...
Mengapa aku sukar untuk menerima semua ini sedangkan aku pernah menghadapi musibah yang lebih besar.
Apa yang aku lakukan adalah bersebab.
Tapi mengapa ia tidak dihargai???
Aku sedih...
Sedih kerana seakan-akan diri ini tidak penting.
Seperti melukut di tepi gantang.
Ada tak menambah, takda tak mengurang.
Hmmmmm........
Aku rindukan suasana Halaqah Cinta-Nya.
Suasana seperti di taman-taman syurga.
Majlis ilmu yang menenangkan jiwa.
Aku juga rindukan aku yang dahulu.
Yang tenang tanpa perlu memikirkan semua ini.
Tanpa perlu menanggung bebanan perasaan yang berat.
Tanpa perlu dihiris perasaan dengan pisau yang tajam.
Tanpa perlu membiarkan luka lama dicalar kembali.
Bagaimana aku mahu mendermakan hati aku kelak jika ia telah dicalar sebegini???
Benar engkau bukan milikku.
Selamanya engkau bukan milikku.
Engkau milik Yang Mencipta.
Aku tiada hak ke atasmu.
Tidak sepatutnya aku menutup kebebasanmu.
Tidak sepatutnya aku membebankanmu.
Maafkan aku.
Aku tidak akan menutup kebebasan itu lagi.
Aku tidak akan membebankanmu.
Meskipun hujan akan turun dengan lebatnya walaupun dalam cuaca yang terik.
Meskipun kilang ubat akan semakin maju.
Meskipun hatiku akan semakin kecewa.
Aku tidak akan mengulangi kesilapan lalu.
Maafkan aku...
Maafkan aku...
Maafkan aku...
Hujan turun dengan lebat pada malam ini...
Bosan ah. layan cite korea lagi bagus.
huh!!!
Agak2nya orang korea @ ice blended mango @ teman tapi mesra tu dah balik ke eh???
hehe...
Seuntai Kata, Luahan Rasa oleh Suraya at 2:35 AM 0 comments