BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 10, 2008

Menghitung Hari...

[b] [/b]

Hanya beberapa hari je lagi aku akan menjejakkan semula kaki ke bumi KUIS. Macam2 perassan ade. Gembira, sedih, takut, berdebar, risau. Gembira sbb nak jpe kwn2. Sedih sbb nak tinggalkan rumah, nnt abah sunyi bila adik dh masuk skolah. Takut n bdebar sbb semua subject nak buat midterm. N lastly aku risau andai hati ni akan kembali terusik. Hmmmm......... Ya ALLAH tabahkanlah hati hamba-Mu ini. Amin...

@ Bukan Mudah... Tika Hati Diuji Suara @

[b]Read more..... [/b]

Senyum...

[b] [/b]



SENYUM...
Satu perbuatan yang amat mudah dilakukan tetapi paling sukar untuk dilaksanakan.
Mengapa???
Sedangkan kita hanya perlu melebarkan sedikit sahaja bibir anugerah ALLAH ini utk dihadiahkan kepada insan lain.
Kadangkala aku sendiri tidak mengerti mengapa bibir ini begitu payah untuk dilebarkan.
Senyuman tidak memerlukan bayaran ataupun hukuman jika melakukannya.
Semoga aku diberikan kekuatan untuk menghadiahkan sebuah senyuman seikhlas hati kerana ALLAH kepada insan yang layak menerimanya iaitu kaum yang seangkatan denganku.
Amin...

@ Bukan Mudah... Tika Hati Diuji Suara @

[b]Read more..... [/b]

Bisakah Aku Menjadi Sepertinya???

[b] [/b]

[b]Read more..... [/b]

Sunday, December 7, 2008

Bukan Mudah... Tika Hati Diuji Suara

[b] [/b]

Bukan mudah untukku terima
Bukan mudah untukku percaya
Bukan mudah untukku laksana
Bukan mudah untukku lupa

Aku mengerti Ya ALLAH
Aku sedar Ya ALLAH
Ini adalah aturan-Mu
Ini adalah tanggungjawabku

Ya ALLAH...
Bantulah aku supaya istiqomah
Bantulah aku supaya pasrah
Bantulah aku supaya tabah
Bantulah aku supaya tidak mudah mengalah

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nya
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa


Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

[b]Read more..... [/b]

Suara Rindu...

Lagu kegemaran. Lama giler aku cari lagu ni weh. Rupa2nya ramai gak yang nak cari lagu ni. Tak sangka huhu. Alhamdulillah syukur sgt2 dapat gak jumpa. Hehe...