BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 28, 2009

Luahan...

[b]

Salah ke aku tegur? Tujuan aku cuma untuk kebaikan dia. Aku akui dia memang seorang kawan yang baik. Cuma mengikut kebiasaan masyarakat sekarang ni bercinta tu perkara biasa. Kalo couple, pegang2 tangan tu perkara biasa. Panggil 'abang' 'ayang' tu no hal. Pernah ada satu kali tu aku cakap kat sorang kawan. "Menyampah betul aku tengok dorang ni pegang2 tangan" Pastu boleh plak kawan aku ni jawab, "Ala biasa la tu, dah nama pun couple" Ya ALLAH aku rasa macam nak tampar je mulut dia yang kecik tu. Berdesing telinga aku dengar jawapan dia. Aku rasa nak je jawab, kepala ko biasa, berdosa tau tak??? Tak reti hukum ke??? Tapi aku sabar kan je hati ni sebab aku tau dia memang bukan 'wanita ditarbiyyah' (bak kata sorang sahabat aku ni hehe) Tapi ape2 pun dia tetap orang Islam. Takkan la tak tau yang pegang tangan antara lelaki perempuan tu haram. Senget betul la dorang ni. Sekeh kepala tu kang baru tau. Huh!!! Geram sungguh.

Aku pernah terfikir untuk 'bercinta hanya selepas nikah'. Lecturer comey kesayangan aku pernah cakap kat kitorang, "Bagi saya, bercinta sebelum kawin ni membazir. Membazir dari segi masa, duit, perasaan". Bila aku fikir2 balik ada jugak betulnya. Masa yang ada tu baik digunakan untuk belajar n fikir masalah ummat. Duit yang disalurkan untuk topup tu baik gunakan untuk saluran yang betul. Sedekah kat masjid ke, belanja kawan2 ke, ada gak faedahnye. Tak pun g pasar malam beli ayam seketul, kebab sebijik, keropok lekor RM 2, n air. Waaahhhhhh memang tersandar kekenyangan pas tu. Huahuahua... Pasal rugi perasaan pulak, memang aku setuju sangat2. Sebab kalo dah ber couple ni gerenti punya la panggil abang sayang. Tak pun bagi yang islamic couple ni panggil anta anti (bak kata sahabat aku auntie uncle huahuahua) Tol tak??? Betul punya wa cakap sama lu... Pastu bila dalam message or phone mesti ada kuar word sayang, rindu. Hmmmmm ustaz ustazah pun manusia jugak (bak kata sorang sahabat aku ni la bila aku utarakan bab couple di kalangan orang course2 agama nih)Tak ke dah rugi tu??? Betul jugak ape yang lecturer comey kesayangan aku tu kata. Dalam hati tiba2 ada rasa nak wujudkan 'bercinta hanya selepas nikah' untuk diri aku. Ya ALLAH semoga hajatku ini tercapai. Kuatkan imanku Ya ALLAH. Amin... Ceeewaaaahhh ni yang mula rasa nak nyanyi lagu Inteam 'Doa Seorang Kekasih' ni. Huhu...

Berbalik kepada cerita tadi, sejak kes aku tegur pasal couple hari tu langsung dia macam acuh tak acuh je dengan aku. Aku risau jugak manelah tau dia kecik hati dengan kata2 aku hari tu. Aku tau cara aku cakap tu memang kasar giler2 punya. Tapi masa tu aku memang tengah bengang. Yela mane tak bengang? Nak buat reunion bdk2 kelas pun nak bawak couple. Kalo dah kawin tu lain cerita la. Takkan nak tinggalkan plak kan. Tapi ni kes yang baru couple ni. Kalo tak bawak boleh mati ke pakwe ko tu?? Sennnngggeeeeeett betul!!! Aku masih ingat lagi kata2 aku hari tu, "tak boleh hidup ke kalo takde pakwe???" hahaha kasar giler kan. Tapi kata2 tu la yang telah membuatkan dia macam dah tak suka kat aku. Sorry Shah, aku tak bermaksud nak sakitkan or kecikkan hati ko. Aku sayang ko sebagai kawan yang sama nama dengan aku. I'm so sorry my friend :(

Lepas ni aku kene belajar cara2 untuk menegur orang dengan cara berhikmah. Aku memang betul2 kene belajar cara tu. Lagipun sem depan akan bermula satu 'tugas baru' untuk aku. Tugas yang aku kira agak mencabar kewibawaanku sebagai hamba-Nya and seorang pejuang Islam. Hehehe...

Ok la setakat ni je bebelan n luahan hati ku. Hehehe. Semoga ALLAH izinkan kita semua untuk terus berada di bawah rahmat-Nya. Semoga aku terus istiqomah dalam menuju kebaikan. Amin...

[/b]

Suara Rindu...

Lagu kegemaran. Lama giler aku cari lagu ni weh. Rupa2nya ramai gak yang nak cari lagu ni. Tak sangka huhu. Alhamdulillah syukur sgt2 dapat gak jumpa. Hehe...