BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 18, 2009

Secangkir Kenangan...

[b]

Aku ni bukan lah dari keluarga yang mewah. Yang perlukan 3 atau 4 lauk setiap kali menghadap hidangan. Alhamdulillah sekadar cukup makan dan pakai. Tak pernah kami adik-beradik dibiarkan kelaparan. Cukuplah sekadar ada nasi, sejenis lauk dan sayur sebagai santapan harian. Namun begitu, tak pernah terlintas di fikiran aku untuk makan nasi tanpa sedikit lauk pun. Memang kadangkala hidangan kami hanyalah nasi dan ikan kering atau ikan bilis atau telur goreng sahaja tetapi memang tidak pernah tiada lauk langsung.

Tetapi setelah aku menghadiri satu program kepimpinan tempoh hari, ia telah berjaya mengajarku erti sebuah kesusahan yang sebenar. MAKAN NASI TANPA LAUK. Pengganti lauk kami adalah garam dan lada hitam. Memang betul2 mencabar. Hehe.

Walau apa pun aku tetap bersyukur kerana perut ini tetap terisi dengan nasi. Alhamdulillah. :)

Buat sahabat2 mujahid dan mujahidah sekalian........
Aku riiiiiiiiiiiinnnddddddddduuuuuuuu sangat2 kat korang. Semoga kita dipertemukan lagi semester depan. InsyaAllah. :)

[/b]

0 comments:

Suara Rindu...

Lagu kegemaran. Lama giler aku cari lagu ni weh. Rupa2nya ramai gak yang nak cari lagu ni. Tak sangka huhu. Alhamdulillah syukur sgt2 dapat gak jumpa. Hehe...